HOME Daniael Mieqael Dannish Riffqie Rayyan Ashraff Family and Friends My Bloglist Pregnancy Moments

Thursday, 23 March 2017

Entri Santai Santai Aje

Assalamualaikum..

Alhamdulillah dah nak masuk penghujung bulan Mac. Tahun ini terasa cepatnya masa berlalu. Tak terkejar rasanya masa berlalu begitu pantas. Tak sempat berkongsi cerita dalam blog ini. Serius sibuknya aku Allah saja yang tahu. Tahun ini macam macam kejutan yang aku terima. Kejutan yang sangat membahagiakan 😊. Kalau aku cerita semuanya dalam blog ini mesti korang ingat aku berlagak dan suka menunjuk nunjuk apa saja kejutan yang aku terima. Penatlah layan orang macam ni, tak suka sebenarnya 😒😒😒

Lama tak update blog. Baru perasan dah boleh letak emoji comel comel dalam entri. Aduhai kesiannyalah. Aku banyak ketinggalan rupanya 😢😢😢

Hari ini saja saja buka blog. Kebetulan takde kerja sangat bolehlah update blog. Takde apa sangat nak cerita pun. Cuma sekarang ni hati sedang berbunga bunga riang kerana rumah pertama bakal siap. Rumah pertama aku dan suami bakal siap tahun ini. Berdebar debar pula nak ambil kunci rumah. Aku dan suami sebenarnya dah tak sabar melihat rumah pertama kami. Dah macam macam perancangan kami nak buat untuk rumah baru kami. Semoga segala urusan rumah kami dipermudahkan Allah.

InsyaAllah tahun depan dah boleh pindah rumah baru 😊. Lagipun tahun depan anak sulung aku Daniael Mieqael dah masuk darjah 1. Daniael Mieqael kami dah daftar masuk sekolah yang berdekatan dengan rumah baru kami. Senang nak hantar dan senang nak ambil.

Dannish Riffqie pula tahun depan dah masuk 5 tahun. Kemungkinan kami pun akan tukar Dannish Riffqie ke tadika baru. Kalau boleh biarlah berdekatan dengan rumah baru kami. Senang untuk aku dan suami hantar. Lagipun sekolah Dannish Riffqie yang sedia ada sekarang ni agak jauh sedikit lah dari rumah kami. Risau tak sempat mengejar masa 😢

Rayyan Ashraff tahun depan dah masuk 4 tahun. Ya Allah cepatnya anak anak Mummy membesar! tetiba rasa sebak pula anak anak dah besar dan masing masing dah masuk sekolah 😉. Ohh ye tahun depan Rayyan Ashraff kami dah hantar masuk sekolah. Ya Allah rasa macam kecil je lagi anak Mummy ni dah nak masuk sekolah..hehehe.

Tapi aku dan suami dah fikir apa yang terbaik untuk anak anak kami. Tahun depan adalah masa yang sesuai untuk Rayyan Ashraff bersekolah. Biarlah dia belajar berkawan dan menikmati hidup sebagai kanak kanak riang yang punya ramai kawan. Kalau asyik duduk rumah pengasuh je rasa macam kesian pula. Otak susah nak berkembang. Sekurang kurangnya bila dah hantar ke sekolah bolehlah Rayyan Ashraff belajar sesuatu seperti Abang abang dia sebelum ini 😊😊😊.

Dan InsyaAllah Rezeki seterusnya akan tiba..😊
Alhamdulillah.. Terima kasih Ya Allah
















No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2016 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page