HOME Daniael Mieqael Dannish Riffqie Rayyan Ashraff Family and Friends My Bloglist Pregnancy Moments

Tuesday, 25 July 2017

Persiapan Wajib Sebelum Bersalin.



Assalamualaikum..

Alhamdulillah keputusan Daniael Mieqael masuk darjah satu tahun depan dah keluar. Bersyukur sangat dapat sekolah yang memang aku nak dan paling penting dekat dengan rumah. Sebelum keputusan ni keluar aku sebenarnya berdebar debar jugalah risau tak dapat sekolah seperti apa yang aku inginkan.. Alhamdulillah semuanya dipermudahkan Allah. Senang hati aku. Happy sangat!

Sekarang ni banyak persediaan dan perkara penting yang perlu aku dan suami buat. Kalau boleh sebelum aku bersalin nanti semuanya dah settle. Banyak perkara aku perlu settlekan dengan segera. Kemalasan aku sejak akhir akhir ini perlu aku buang jauh jauh. Selagi aku layan kemalasan aku ni selagi itulah semuanya tak settle. 

Antara perkara penting yang perlu aku settlekan dengan segera

1- Segala keperluan dan Barang barang baby. 
2- Daftar Persekolahan Dannish Riffqie dan Rayyan Ashraff untuk tahun depan
3- Barang barang persekolahan Daniael Mieqael masuk darjah satu tahun depan
4- Persiapan masuk rumah baru..insyaAllah

Kalau ikutkan banyak lagi nak buat sebenarnya. Tapi itu antara senarai penting yang wajib aku dan suami settlekan terlebih dahulu. Memandangkan kerja suami aku sekarang ni tak menentu dan kerap sangat outstation ke luar negara, maka aku sebagai isteri yang bijaksana ni kenalah atur semuanya dengan lebih bijak! Tak mau malas malas dah!

1- Segala keperluan dan Barang barang baby. 

Bulan depan aku dah start beli segala keperluan baby. Bukan barang baby je tapi untuk barang keperluan aku semasa berpantang nanti. Keperluan baby yang wajib aku beli pakaian, pampers, lampin, mandian, dan yang sewaktu dengannya. 

Pakaian mungkin tak beli banyaklah kot. Sebab baju abang abang dia sebelum ni banyak lagi yang masih elok dan baru. Ada yang sempat pakai sekali dua je lepastu tak pakai dah. Ada juga yang tak sempat pakai langsung. So kali ni beli apa yang takde je. Tapi baju baru untuk baby keempat ni wajiblah aku beli baru. Jangan terlebih shopping sudah. Iyelah baju baju baby kan comel comel belaka, geram je rasa kalau tak dapat. Tengoklah nanti macam mana. Apa apa pun aku akan update dalam blog ni..insyaAllah.

2- Daftar Persekolahan Dannish Riffqie dan Rayyan Ashraff untuk tahun depan

Tahun depan ketiga tiga hero aku dah masuk sekolah. Cuma sekarang ni aku masih tak pasti nak daftar Dannish Riffqie dan Rayyan Ashraff kat tadika mana. Sama ada aku akan teruskan di tadika lama atau daftar ke tadika baru yang lebih dekat dengan rumah baru kami. Hal ni masih lagi dalam perbincangan dengan suami. Suami ikut je mana yang senang asalkan memudahkan untuk kami hantar dan ambil. Dan paling penting tadika tu buat anak anak happy belajar kat situ. 

Tapi itulah, Dannish Riffqie dah serasi dengan cikgu cikgu  dan kawan kawan kat tadika sekarang ni. Kalau tukar tadika baru takut tak biasa dengan suasana baru, cikgu baru dan kawan kawan baru pula. Semua ni kena fikir juga. Adohai..

3- Barang barang persekolahan Daniael Mieqael masuk darjah satu tahun depan

Daniael Mieqael tahun depan dah masuk darjah satu. Macam tak percaya je anak sulung aku ni dah besar. Tiba tiba rasa macam nak peluk cium je tak nak lepas lepas. Sayang sangat kat dia ni. Untuk persiapan Daniael Mieqael masuk darjah satu ni aku perlu settlekan semuanya sebelum aku bersalin. Kalau boleh baju sekolah, beg, kasut, buku, alat tulis dan kelengkapan lain dah settle! Sebab kawan kawan ofis aku kata hujung bulan disember nanti pelajar darjah satu wajib orientasi selama sehari sebelum sesi persekolahan tahun depan bermula. Ya Allah berdebarnya aku. Anak nak masuk darjah satu ni aku pula yang berdebar debar..hehehe

Aku harap hujung tahun nanti sempatlah aku hantar anak pergi orientasi. Teringin juga nak tengok. Sebab ini adalah pengalaman pertama aku dan suami hantar anak masuk darjah satu. Excited juga ni. Lagipun masa tu aku dah habis pantang. InsyaAllah mudah mudahan semuanya berjalan lancar..

4- Persiapan masuk rumah baru..insyaAllah

Dan yang terakhir pasal rumah baru pula, insyaAllah hujung tahun ni dah ambil kunci. Tapi mungkin tak pindah lagi kot. Sebab macam macam nak buat lagi dalam rumah tu sebelum pindah. Tapi insyaAllah kami akan pindah rumah baru secepat mungkin. Aku dan suami dah tak sabar tengok rumah baru kami sebenarnya. Rumah baru yang wajib aku dan suami hias cantik cantik 😍.

Alahai..Baby dah bergusti dalam perut. Lapar kot ni. Okaylah jumpa di entri akan datang. Selamat membaca semua..babai 😍








Monday, 17 July 2017

Rindu Nak Update Blog.

Assalamualaikum..

Lamaaaaaaa gilaaaaaa tak update blog! Setiap kali update blog mesti alasan yang sama. Sibuklah! Itulah.. inilah.. ish ish..Sila maafkan 😩. Masih ada ke pengikut blog kita ni? ke dah lari semua 😂.

Sejak mengandung anak keempat ni, serius MALAS bermaharajalela dalam diri aku. Semuanya serba tak kena. Masuk ofis pun selekeh yang amat. Siapa yang kenal aku pasti terkejut dan lajuuuu je mulut orang tu tegur ..

"Ehh sherwiena ke ni?"
"Ehh kenapa pucat sangat ni.. sihat ke ni? " 
"Teruknya kau mengandung kali ni" 

Dan banyak lagilah ayat ayat mereka yang buat aku tak kisah langsung! 😂. Tapi memang betul segalanya berubah bila aku disahkan mengandung dan 100% aku jadi wanita paling selekeh sekali. Aku bukan saja saja nak selekehkan diri tau.. tapi semuanya akan berubah sendiri. Kalau dulu suka sangat pakai shawl lilit sana sini, tapi sekarang sukaaaa gilaaaa pakai tudung indon! Ulang ulang pakai tudung yang sama pula tu. Senang mudah dan cepat, sarung je dah siap!😂. Cara berpakaian pun berubah. Sekarang pakai apa pun jadilah. Sedondon ke tak sedondon ke aku belasah je pakai. Janji aku selesa..😊. 

Aku rasa banyak lagilah perubahan yang berlaku sejak aku mengandung ni. Pasal emosi aku tak payah cakaplah. Emosi aku asyik turun naik turun naik je sekarang ni. Lagi lagi bila suami tercinta jauh dari mata, lagilah emosi aku menjadi jadi. Hanya orang orang yang sabar je boleh bersabar dengan emosi dan perangai aku ni. Bersyukur sangat dikurniakan suami yang terlalu penyabar. Ya Allah sebaknya. Tiba tiba rindu kat suami pula saat ini. Rindu yang amat. Okay dah dah.. tak boleh layan sangat perasaan ni kesian kat baby 😘. Tak mau stress stress kena happy happy je sekarang ni..


Sekarang aku dah masuk 5 bulan lebih. Minggu depan genap 6 bulan. Cepat sungguh masa berlalu. Setakat ini kesihatan aku dan baby baik baik saja..Alhamdulillah 😍

Jujurnya aku langsung tak buat apa apa persediaan lagi untuk baby. Langsung tak beli apa apa lagi. Sepatutnya inilah masa yang sesuai untuk aku shopping keperluan baby. Tapi aku masih takde mood nak shopping sana sini. Kalau dulu, masa mengandung ketiga tiga hero kesayangan aku tu bukan main excited lagi shopping barang baby. Usia Kandungan aku baru masuk 3 bulan pun aku dah bershopping sakan. Senang cerita awal awal aku dah sediakan semuanya. 

Tapi kali ini aku masih bermalas malasan nak shopping. Padahal suami aku dah berkali kali ajak shopping barang barang baby. Tapi aku yang tak nak dan penuh alasan. Alasan yang selalu aku cakap kat suami

" MALAS lah. Awal lagi ni Sayang.." 😩.

Balik balik itu jelah alasan aku. Suami pun pelik. Pelik yang amat.. (sila maafkan Mummy sayang..)

Minggu depan checkup 6 bulan. Benda paling aku tak suka bila terpaksa minum air gula! Ketiga tiga anak aku sebelum ni pun aku terpaksa minum air gula. Setiap kali mengandung aku memang wajib minum air gula sebab sebelah bapa aku keturunan diabetes yang sangat tinggi. Paling benci minum air gula ni sebenarnya.. tapi terpaksalah bertabah 😩. Ya Allah permudahkanlah semuanya..Aminnn.

Tinggal 3 bulan lebih je lagi baby bakal lahir. Berdebar debar juga sebenarnya. "Dah scan ke baby?" ramai sangat yang bertanya pasal jantina baby. Soalan yang sangat mendebarkan hahaha.. Dah scan sebenarnya, tapi masih samar samar lagi. Apapun rezeki yang Allah tentukan untuk aku dan suami kami tetap bersyukur dan terima seadanya. Sesungguhnya rezeki Allah jangan sesekali di tolak. Itulah pesanan suami aku bila berbicara pasal hal hal yang berkaitan dengan rezeki.

Apa yang penting baby yang bakal lahir nanti cukup sifat dan sempurna.  Tak sabar dah nak peluk cium baby kesayangan aku ni. Rindu sangat bau baby. Semoga aku dan baby sihat sihat walafiat sampailah bersalin nanti..Aminnn. Sahabat sahabat sekalian doakan yang terbaik untuk Mummy ye 😊.

Okay, Itu sajalah coretan untuk hari ini. Jumpa lagi di entri akan datang. Babai semua 😘







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2016 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page