HOME Daniael Mieqael Dannish Riffqie Rayyan Ashraff Family and Friends My Bloglist Pregnancy Moments

Tuesday, 25 July 2017

Persiapan Wajib Sebelum Bersalin.



Assalamualaikum..

Alhamdulillah keputusan Daniael Mieqael masuk darjah satu tahun depan dah keluar. Bersyukur sangat dapat sekolah yang memang aku nak dan paling penting dekat dengan rumah. Sebelum keputusan ni keluar aku sebenarnya berdebar debar jugalah risau tak dapat sekolah seperti apa yang aku inginkan.. Alhamdulillah semuanya dipermudahkan Allah. Senang hati aku. Happy sangat!

Sekarang ni banyak persediaan dan perkara penting yang perlu aku dan suami buat. Kalau boleh sebelum aku bersalin nanti semuanya dah settle. Banyak perkara aku perlu settlekan dengan segera. Kemalasan aku sejak akhir akhir ini perlu aku buang jauh jauh. Selagi aku layan kemalasan aku ni selagi itulah semuanya tak settle. 

Antara perkara penting yang perlu aku settlekan dengan segera

1- Segala keperluan dan Barang barang baby. 
2- Daftar Persekolahan Dannish Riffqie dan Rayyan Ashraff untuk tahun depan
3- Barang barang persekolahan Daniael Mieqael masuk darjah satu tahun depan
4- Persiapan masuk rumah baru..insyaAllah

Kalau ikutkan banyak lagi nak buat sebenarnya. Tapi itu antara senarai penting yang wajib aku dan suami settlekan terlebih dahulu. Memandangkan kerja suami aku sekarang ni tak menentu dan kerap sangat outstation ke luar negara, maka aku sebagai isteri yang bijaksana ni kenalah atur semuanya dengan lebih bijak! Tak mau malas malas dah!

1- Segala keperluan dan Barang barang baby. 

Bulan depan aku dah start beli segala keperluan baby. Bukan barang baby je tapi untuk barang keperluan aku semasa berpantang nanti. Keperluan baby yang wajib aku beli pakaian, pampers, lampin, mandian, dan yang sewaktu dengannya. 

Pakaian mungkin tak beli banyaklah kot. Sebab baju abang abang dia sebelum ni banyak lagi yang masih elok dan baru. Ada yang sempat pakai sekali dua je lepastu tak pakai dah. Ada juga yang tak sempat pakai langsung. So kali ni beli apa yang takde je. Tapi baju baru untuk baby keempat ni wajiblah aku beli baru. Jangan terlebih shopping sudah. Iyelah baju baju baby kan comel comel belaka, geram je rasa kalau tak dapat. Tengoklah nanti macam mana. Apa apa pun aku akan update dalam blog ni..insyaAllah.

2- Daftar Persekolahan Dannish Riffqie dan Rayyan Ashraff untuk tahun depan

Tahun depan ketiga tiga hero aku dah masuk sekolah. Cuma sekarang ni aku masih tak pasti nak daftar Dannish Riffqie dan Rayyan Ashraff kat tadika mana. Sama ada aku akan teruskan di tadika lama atau daftar ke tadika baru yang lebih dekat dengan rumah baru kami. Hal ni masih lagi dalam perbincangan dengan suami. Suami ikut je mana yang senang asalkan memudahkan untuk kami hantar dan ambil. Dan paling penting tadika tu buat anak anak happy belajar kat situ. 

Tapi itulah, Dannish Riffqie dah serasi dengan cikgu cikgu  dan kawan kawan kat tadika sekarang ni. Kalau tukar tadika baru takut tak biasa dengan suasana baru, cikgu baru dan kawan kawan baru pula. Semua ni kena fikir juga. Adohai..

3- Barang barang persekolahan Daniael Mieqael masuk darjah satu tahun depan

Daniael Mieqael tahun depan dah masuk darjah satu. Macam tak percaya je anak sulung aku ni dah besar. Tiba tiba rasa macam nak peluk cium je tak nak lepas lepas. Sayang sangat kat dia ni. Untuk persiapan Daniael Mieqael masuk darjah satu ni aku perlu settlekan semuanya sebelum aku bersalin. Kalau boleh baju sekolah, beg, kasut, buku, alat tulis dan kelengkapan lain dah settle! Sebab kawan kawan ofis aku kata hujung bulan disember nanti pelajar darjah satu wajib orientasi selama sehari sebelum sesi persekolahan tahun depan bermula. Ya Allah berdebarnya aku. Anak nak masuk darjah satu ni aku pula yang berdebar debar..hehehe

Aku harap hujung tahun nanti sempatlah aku hantar anak pergi orientasi. Teringin juga nak tengok. Sebab ini adalah pengalaman pertama aku dan suami hantar anak masuk darjah satu. Excited juga ni. Lagipun masa tu aku dah habis pantang. InsyaAllah mudah mudahan semuanya berjalan lancar..

4- Persiapan masuk rumah baru..insyaAllah

Dan yang terakhir pasal rumah baru pula, insyaAllah hujung tahun ni dah ambil kunci. Tapi mungkin tak pindah lagi kot. Sebab macam macam nak buat lagi dalam rumah tu sebelum pindah. Tapi insyaAllah kami akan pindah rumah baru secepat mungkin. Aku dan suami dah tak sabar tengok rumah baru kami sebenarnya. Rumah baru yang wajib aku dan suami hias cantik cantik 😍.

Alahai..Baby dah bergusti dalam perut. Lapar kot ni. Okaylah jumpa di entri akan datang. Selamat membaca semua..babai 😍








3 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2016 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page