HOME Daniael Mieqael Dannish Riffqie Rayyan Ashraff Family and Friends My Bloglist Pregnancy Moments

Monday, 17 July 2017

Rindu Nak Update Blog.

Assalamualaikum..

Lamaaaaaaa gilaaaaaa tak update blog! Setiap kali update blog mesti alasan yang sama. Sibuklah! Itulah.. inilah.. ish ish..Sila maafkan 😩. Masih ada ke pengikut blog kita ni? ke dah lari semua 😂.

Sejak mengandung anak keempat ni, serius MALAS bermaharajalela dalam diri aku. Semuanya serba tak kena. Masuk ofis pun selekeh yang amat. Siapa yang kenal aku pasti terkejut dan lajuuuu je mulut orang tu tegur ..

"Ehh sherwiena ke ni?"
"Ehh kenapa pucat sangat ni.. sihat ke ni? " 
"Teruknya kau mengandung kali ni" 

Dan banyak lagilah ayat ayat mereka yang buat aku tak kisah langsung! 😂. Tapi memang betul segalanya berubah bila aku disahkan mengandung dan 100% aku jadi wanita paling selekeh sekali. Aku bukan saja saja nak selekehkan diri tau.. tapi semuanya akan berubah sendiri. Kalau dulu suka sangat pakai shawl lilit sana sini, tapi sekarang sukaaaa gilaaaa pakai tudung indon! Ulang ulang pakai tudung yang sama pula tu. Senang mudah dan cepat, sarung je dah siap!😂. Cara berpakaian pun berubah. Sekarang pakai apa pun jadilah. Sedondon ke tak sedondon ke aku belasah je pakai. Janji aku selesa..😊. 

Aku rasa banyak lagilah perubahan yang berlaku sejak aku mengandung ni. Pasal emosi aku tak payah cakaplah. Emosi aku asyik turun naik turun naik je sekarang ni. Lagi lagi bila suami tercinta jauh dari mata, lagilah emosi aku menjadi jadi. Hanya orang orang yang sabar je boleh bersabar dengan emosi dan perangai aku ni. Bersyukur sangat dikurniakan suami yang terlalu penyabar. Ya Allah sebaknya. Tiba tiba rindu kat suami pula saat ini. Rindu yang amat. Okay dah dah.. tak boleh layan sangat perasaan ni kesian kat baby 😘. Tak mau stress stress kena happy happy je sekarang ni..


Sekarang aku dah masuk 5 bulan lebih. Minggu depan genap 6 bulan. Cepat sungguh masa berlalu. Setakat ini kesihatan aku dan baby baik baik saja..Alhamdulillah 😍

Jujurnya aku langsung tak buat apa apa persediaan lagi untuk baby. Langsung tak beli apa apa lagi. Sepatutnya inilah masa yang sesuai untuk aku shopping keperluan baby. Tapi aku masih takde mood nak shopping sana sini. Kalau dulu, masa mengandung ketiga tiga hero kesayangan aku tu bukan main excited lagi shopping barang baby. Usia Kandungan aku baru masuk 3 bulan pun aku dah bershopping sakan. Senang cerita awal awal aku dah sediakan semuanya. 

Tapi kali ini aku masih bermalas malasan nak shopping. Padahal suami aku dah berkali kali ajak shopping barang barang baby. Tapi aku yang tak nak dan penuh alasan. Alasan yang selalu aku cakap kat suami

" MALAS lah. Awal lagi ni Sayang.." 😩.

Balik balik itu jelah alasan aku. Suami pun pelik. Pelik yang amat.. (sila maafkan Mummy sayang..)

Minggu depan checkup 6 bulan. Benda paling aku tak suka bila terpaksa minum air gula! Ketiga tiga anak aku sebelum ni pun aku terpaksa minum air gula. Setiap kali mengandung aku memang wajib minum air gula sebab sebelah bapa aku keturunan diabetes yang sangat tinggi. Paling benci minum air gula ni sebenarnya.. tapi terpaksalah bertabah 😩. Ya Allah permudahkanlah semuanya..Aminnn.

Tinggal 3 bulan lebih je lagi baby bakal lahir. Berdebar debar juga sebenarnya. "Dah scan ke baby?" ramai sangat yang bertanya pasal jantina baby. Soalan yang sangat mendebarkan hahaha.. Dah scan sebenarnya, tapi masih samar samar lagi. Apapun rezeki yang Allah tentukan untuk aku dan suami kami tetap bersyukur dan terima seadanya. Sesungguhnya rezeki Allah jangan sesekali di tolak. Itulah pesanan suami aku bila berbicara pasal hal hal yang berkaitan dengan rezeki.

Apa yang penting baby yang bakal lahir nanti cukup sifat dan sempurna.  Tak sabar dah nak peluk cium baby kesayangan aku ni. Rindu sangat bau baby. Semoga aku dan baby sihat sihat walafiat sampailah bersalin nanti..Aminnn. Sahabat sahabat sekalian doakan yang terbaik untuk Mummy ye 😊.

Okay, Itu sajalah coretan untuk hari ini. Jumpa lagi di entri akan datang. Babai semua 😘







9 comments:

  1. ptt la senyap... apa pun tahniah... seornok tgk org yg mudah peknen n bersalin...

    berseri2 je tgk muka raya dia tuh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. As salam Norhidana. Selamat hari raya!

      Aah dah lama sangat senyap ni..hehehe. Tq sudi singgah blog kita yang dah berhabuk ni..hehehe. Time raya terpaksa bercantik cantik sebab nak ambil gambar raya kan..hehehe 😆

      Delete
  2. pembawakan anak ni x sama.
    moga terus sihat ye...

    ReplyDelete
    Replies
    1. As salam. Selamat hari raya Aida!

      Betul tu..lain anak lainlah pembawakan tu kan. Doakan untuk saya ye. Terima kasih sudi singgah blog kita ye 😘

      Delete
  3. wah..preggy rupanya ya..congratsss..kita inysaAllah 2018 timang baby baru..samaleh dah rindu sgt bau baby,,=)

    ReplyDelete
    Replies
    1. As salam Mama Zara. selamat hari raya!

      Awak pun pregnant ye..Alhamdulillah tahniah! Terima kasih sudi singgah sini tau. Anak semua dah besar sebab tu tak sabar cium bau baby hehehe..

      Delete
  4. x selekeh la mummy, comey je :) smga dipermudahakan segalanya ye!..
    samelah kite suami jauh hehee..stay strong eh - fiza_mrs.shazri
    umifarisfarhan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. As salam fiza sayang! Terharu rasa peminat setia singgah blog kita..hehehehe. Selamat hari raya fiza.. Itulah husband jauh memang kena kuat ni.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2016 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page