HOME Daniael Mieqael Dannish Riffqie Rayyan Ashraff Family and Friends My Bloglist Pregnancy Moments

Wednesday, 30 August 2017

Jantina Baby Dah Confirm

Assalamualaikum..


Alhamdulillah, kandungan Mummy dah masuk 32 minggu. So memang patut dah sediakan semua. barang baby. Masa checkup 7 bulan kat klinik hari tu doktor dah pesan awal awal semua barang ibu dan baby dah patut siap sedia dah dalam beg. Bila dengar doktor kata macam tu Mummy dah mula risau. Mula lah cemas sorang sorang. Macam mana tak risau, satu barang baby pun tak beli lagi. Husband dah lama ajak shopping barang baby, tapi macam macam alasan Mummy bagi. Malas memanjang! Haaaa sekarang baru nak terhegeh hegeh cari itu ini..huwaaaa! 😩😩😩

Perut Mummy makin hari makin membesar dengan jayanya. Yang paling menggembirakan jantina baby dah diketahui selepas Mummy  scan 4D/5D. Kali ni Mummy Daddy Lompat bintang! 

Ya Allah Syukur Alhamdulillah..

Sejak 3 bulan dah tak sabar nak tahu jantina baby sebenarnya. Senang nak beli baju kan? Sebab ketiga tiga hero aku sebelum ni nak masuk 4 bulan je dah nampak bird masing masing. Comel je bila teringat balik.

Tapi kali ni agak berbeza pula. Masa Mummy genap 4 bulan hari tu Mummy dah scan baby kat klinik swasta. Tapi tak nampak apa pun. Padahal niat dihati nak sangat tau jantina baby. Puas doktor scan sana sini, langsung tak nampak. Doktor kata baby masih kecil lagi. Tunggu baby dah masuk 8 bulan barulah boleh nampak jantina baby dengan jelas. Adoi lamanya nak tunggu. Geram pula doktor ni. Pandai ke tak pandai ni. Sekali scan dah kena bayar rm120!

Bila Mummy genap 5 bulan hari tu sekali lagi doktor scan keadaan baby. Tapi kali ni Mummy scan kat klinik kerajaan saja. Langsung tak bayar. Semuanya free. Masa doktor scan hari tu berdebar debar jugalah sebenarnya. Tapi doktor sekali lagi kata jantina baby masih tak nampak. Paling mengejutkan bila doktor kata kemungkinan baby girl. Ya Allah dengupan jantung Mummy masa tu Allah saja yang tahu. Mummy dah mula fikir mungkin kah kali ini Mummy dapat baby girl? Sebab tak kan lah dah masuk 5 bulan jantina baby masih tak nampak. Sebelum ni nampak dengan jelas je jantina anak anak Mummy.

Tapi bila doktor tengok rekod anak anak Mummy sebelum ni semuanya anak lelaki, doktor tu tetiba rasa bersalah pula. Bimbang Mummy terlalu berharap dan terus cakap masih tak pasti. Mungkin sekarang ni 50/50. Sebab kadang kadang kalau tak nampak jantina pun tetap baby boy. Bila doktor kata macam tu tetiba lajuuu je air mata Mummy mengalir. Mummy tak pasti kenapa Mummy menangis. Bukan Mummy tak boleh terima dan bukan sebab Mummy tak nak baby boy. Tapi kata kata doktor buat Mummy terpaksa terima hakikat yang Mummy akan dapat baby boy lagi. Takpelah asalkan baby sihat. 

Nak cakap naluri dapat baby apa memang tak pasti sebab kejap rasa macam baby girl, kejap rasa macam baby boy. Kawan kawan ofis pun ramai yang buat ramalan Mummy akan dapat baby boy. Tapi Mummy senyum jelah. Malas nak fikir apa dah masa tu. Kalau Allah bagi rezeki baby boy Mummy tetap bersyukur. 

Apaaaa korang ingat senang ke dapat anak? Susah tau.. Orang lain bertahun tahun cuba untuk dapatkan zuriat tapi tak pernah berjaya. Ini pun rezeki yang Mummy dan husband tak sangka. Padahal Mummy memang merancang keluarga. Serius Mummy setiap 3 bulan cucuk tau! Sebab tak nak mengandung dalam masa terdekat ni memandangkan anak anak masih kecil kecil dan memerlukan perhatian yang lebih dari Mummy. Tapi siapalah yang boleh tolak kuasa Allah. Mula mula macam tak percaya je Mummy mengandung, tapi gerak hati Mummy kuat mengatakan Mummy mengandung. Yang peliknya setiap kali check air kencing sendiri mesti dapat result negatif. Berkali kali jugalah check sendiri. Nak jumpa doktor takut.. 😂😂😂

Hampir 2 bulan tak period. Akhirnya Mummy ambil keputusan pergi klinik sendiri. Masa tu husband tak tau lagi. Sebab husband outstation. Sampai klinik doktor terus scan. Bila doktor scan memang tak nampak apa apa. Doktor kata Mummy tak mengandung. Okay. Mummy balik dan teruskan hidup macam biasa. Beberapa hari kemudian, Mummy dah mula mengidam makanan sedap sedap. Kalau tak dapat mudahnya air mata ni berguguran. Emosi makin tidak stabil.  Husband pun rasa pelik Mummy asyik makan je walaupun dah lewat malam. Siang malam kerja Mummy asyik nak makan je. Husband ada disisi lagilah Mummy makin manjaaaaaa minta itu ini. Husband jenis penyayang, minta lah apa pun, confirm dapat. Sayang husband! 😘

Husband dah mula pelik. Sebab perubahan Mummy masa tu lain macam. Sikit sikit nak merajuk. Sikit sikit nak makan. Bila tak dapat makan seperti yang di minta mulalah menangis dan berkurung dalam bilik sorang sorang. Mungkin husband dah hilang sabar Mummy asyik berkelakuan pelik pelik. Husband pun terus tanya dengan nada penuh kasih sayang bimbang Mummy merajuk lagi 😭

"Sayang pregnant ke?"  
"Sekarang ni asyik nak marah marah Daddy je.."

Soalan husband buat Mummy terkejut dan lajuuuu je Mummy jawab..

"Entahlah sayang. Mummy asyik lapar je sekarang ni.."

Ya Allah tak sempat jawab panjang panjang husband terus suruh Mummy bersiap siap pergi klinik. Sebab husband tak puas hati dengan jawapan Mummy tadi. Risau tengok keadaan Mummy macam tu. Nak pergi kerja jauh jauh pun tak tenang katanya. Bila Jumpa doktor seperti biasa doktor akan check air kencing dan scan perut. Berdebarnya Mummy Allah saja yang tahu..

Scan punya scan..akhirnya terjawablah segala persoalan Mummy selama ini. YES!!! Mummy confirm pregnant! 😍. Dan sekarang Mummy dah genap 8 bulan! Syukur Alhamdulillah..


Dan paling mengembirakan dan paling membahagiakan bila jantina baby pun dah confirm!

Syukur Alhamdulillah..

Terima kasih Ya Allah..

Mummy confirm dapat baby GIRL!

Ya Allah kegembiraan apa ke ini?

Terima kasih atas segalanya Ya Allah..

Terima kasih semua yang sentiasa doakan Mummy dapat baby girl..

Ya Allah happynya Mummy dan Husband Allah saja yang tahu..

Syukur Alhamdulillah..







2 comments:

  1. I anak first, doc confirm kata gurl..bulan 5 dan 6 doc kata kemungkinan gurl..dah siap beli barang2 pink dah sikit..tup2 scan time 8 bulan..boy..hahaha..Im happy for you mummy..Congrats dapat gegurl!! Leh start shopping barang2 pink..

    ReplyDelete
  2. happy baca post ni :D semoga baby dan mummy sentiasa sihat :D

    hanisamanina.com

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2016 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page